Untuk Kerangan Lanjut Sila Clik butang dibawah

Promosi

Umpan Berkualiti, Siang:Udang Hidup, bertujuan untuk memudahkan mendapat ikan yang berkualiti seperti Ikan Tetanda, Ikan Nyok-nyok, Ikan Bawal Pinang, GT bawah 1 kg, Ikan Sembilang, Kerapu. Purata dibawah 2 kg . Malam:Sotong Kureta Hidup bertujuan untuk memerangkap Ikan Tetanda(Kaki Sotong Kureta dipotong 3 helai) Ikan Jenahak, Pari, Kerapu (Sotong Kureta Cangkuk 1 Ekor), Belanak hidup pancing Baracuda.

Teknik Set Joran

Rod 25 LB - 50LB/Tali Nilon 80 LB (0.60mm), Batu Ladung no 8, Siang: 60 LB Kail Saiz 2, Malam:120LB Kail Saiz ,

Teknik 2

Apolo Model 555/50LB35LB umpan: Isi Udang untuk pancing ikan Gegerut, Daun Baharu, Gelama Selewak (Set Joran Kecil Sahaja)

Petua

Memancing pada hari arus lembut, Bulan Melayu 19hb-25hb atau 5hb-12hb, Air besar 2 jam air tenag pasang gerak surut dan Air lemah surut gerak pasang 2 jam sahaja, selain tarikh bulan melayu yang disebutkanb di atas, Mulut Tak boleh Cabul, Tak Boleh Cakap Benda Kotor, Jangan Meninggi Diri, Jangan Meminta atau order ikan berapa kg dan sebagainya,Elakkan bunyi bising walaupun batu ladung berlaga di dinding bot dengan kuat, jika ikan makan umpan tarik secepat mungkin untuk mengelakkan tali putus begeser dengan tukun yang tingginya 1 meter persegi kerana jika putus 1 ekor ikan yang lain semua cabut lari, terpaksa tunggu 3 jam untuk ikan datang semula. Pemancing kena ikut arahan Tekong dan menumpukan kepada teknik dan berserah diri kepada Allah Taala dan menjajaga keselamatan diri.

Sekian Terima Kasih